Thursday, October 1, 2015

Perjalanan Bumi Mengelilingi Matahari




Sekilas Pandang

Salam Mahabbah seutuh ukhwahfillah penganjur kata saya tuturkan dengan penuh agungnya alunan ayat al-Quran serta bait-bait pujangga syiar Islam yang indah mendendangi buat pembangkit semangat juang para mujadid dan mujahid Islam.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana berkat dan izinNYA kita masih lagi diberi oleh Allah SWT untuk menikmati hidup di dunia fana Allah ini,masih dapat berdiri teguh dan tekad untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah,pada hari ini kumpulan kami akan mencoretkan sebuah keagungan Allah sebagai melengkapkan kerja kursus Sains & Teknologi Kejuruteraan dalam Islam yang diberikan oleh pensyarah kesayangan kami :)

Isi & Fakta Sains Yang Berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah





Pada Zaman Yunani purba, ahli falsafah iaitu Pythagoras mengemukakan teori heliosentrik yang menyatakan bahawa matahari sebagai pusat tata surya dan bumi mengelilinginya. Tetapi teori tersebut dibantah oleh Aristotle yang berpendapat bahawa bumilah yang menjadi pusat tata surya dan matahari yang mengelilingi bumi iaitu teori yang dikenal sebagai teori geosentrik. Teori ini cukup lama diguna pakai iaitu lebih kurang 15 abad lamanya. Setelah sekian lama,muncullah Nicolaus Copernicus yang membangunkan semula teori heliosentrik sekaligus menolak teori geosentrik, teori inilah yang diguna sehingga kini.

Teori ini jika dilihat dari sudut pembacaan,ia sangat berkaitan dengan ideologi para saintis yang mana seolah-olah menyokong teori tersebut apabila fakta saintifik yang ditulis oleh seorang penulis terkenal barat iaitu Williams dan diterjemahkan kepada bahasa Melayu iaitu jarak matahari kira-kira 150 juta km dari bumi. Namun jarak itu dapat bervariasi kerana bumi bergerak mengelilingi matahari. Dalam fakta lain juga iaitu revolusi bumi yang mana revolusi adalah gerakan bumi mengelilingi matahari dengan lintasan berbentuk elips. Lintasan peredaran bumi disebut ekliptika.    

Tetapi teori dan fakta ini belum cukup sempurna dan boleh diterima akal jika tiada ayat al-Quran yang menyokong pernyataan tersebut.

Hal ini kerana,setiap kajian dan teori yang dikemukakan perlulah berlandaskan syariat dan ayat-ayat suci al-Quran. Namun,dalam surah Yaasin ayat 38-40 ada menyatakan tentang pernyataan ini.





Maksudnya "Dan matahari berjalan di tempat peredarannya.Demikianlah ketetapan (Allah )Yang Maha perkasa, Maha Mengetahui.(38) Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan,sehingga (setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir) kembalilah  ia seperti bentuk tandan yang tua.(39) Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang.Masing-masing beredar pada garis edarnya.(40)

Ayat ini membawa satu keajaiban sejak 14 kurun yang lalu apabila mempertegaskan bahawa setiap sesuatu dalam alam semesta ini bergerak dan berpusat pada matahari. Pemusatan ini juga berlaku kepada benda dan masa. Bumi contohnya berubah mengelilingi matahari satu kali dalam setiap bulan qamariyyah. Begitu juga planet-planet lain, semuanya berputar mengelilingi matahari pada orbit masing-masing.

Walau bagaimanapun,terdapat percanggahan pendapat antara para saintis, teori ahli falsafah yang terkenal dengan beberapa ulama malahan ulama sendiri berlaku percanggahan pendapat antara mereka. Yang mana mereka menolak bahawa bumi itu yang mengelilingi matahari dengan berpandukan ayat al-Quran surah Al-Fathir ayat 141 yang bermaksud :


"Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergesar,dan sungguh jika keduanya akan beralih,tidak ada seorang pun yang dapat menahan keduanya selain Allah".




Ayat ini menurut ahli tafsir menunjukkan bahawa bumi itu tidak bergerak. Oleh sebab itu, bumi tidak bergerak secara automatik, bermakna mataharilah yang mengelilingi bumi, bukan sebaliknya. Selain para ahli tafsir, ulama-ulama terkemuka juga berkata demikian, sebut saja Imam Abdul Qahir al Baghdadi Al Isfirayini yang mengatakan "Ahlus Sunnah sepakat atas tetap dan tenangnya bumi, dan bumi itu hanya bergerak kalau terjadi sesuatu misalnya gempa atau lain-lain. Selain itu ada pula Imam Al Qurthubi dan Ibnu Hazm yang mengatakan hal yang sama.

Sememangnya percanggahan pendapat ini pasti akan berlaku kerana akal manusia yang terlalu unik digunakan sebaik-baiknya untuk mencari jawapan sebenar.


Dalam kalam furqan yang lain Allah berfirman : 




Maksudnya : "Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya" ( Al-Anbiya' : 33 )


Daripada ayat diatas tidak disebut pun matahari mengelilingi bumi. Maka penekanan di sini pada kalimat mengelilingi bumi. Kalau ayat yang menunjukkan bahawa matahari bergerak dan digerakkan oleh Allah SWT, memang banyak terkandung dalam Al-Quran. Akan tetapi secara zahir nash tidak ada satupun yang menyebutkan dengan kalimat "asyamsu taduru haulal ardhi" maksudnya matahari mengelilingi bumi.

Sehubungan itu, coretan ini bukanlah coretan matang yang sebaik-baiknya boleh menjadi rujukan para pembaca. Tetapi ini adalah hasil pengumpulan maklumat daripada pembacaan kumpulan kami. Sesungguhnya Allah lah yang lebih mengetahui.


Rumusan


Sebagai rumusan , walaupunterdapat percanggahan pendapat daripada ramai pihak dalam topik ini, sama ada bumi yang mengelilingi matahari atau sebaliknya, kami masih lagi terus mengkaji untuk mencari kepastian. Kami juga tidak berani untuk memutuskan pendapat yang sebenar. Oleh itu, belajar daripada yang pakar dalam ilmu tersebut sangatlah penting pada era ini kerana seperti yang diungkapkan oleh Imam Syafie iaitu "menuntut ilmu itu satu jihad". Sebagai pelajar yang mencintai ilmu sentiasalah kenang dan hadam kata-kata mutiara ini "jika kamu merasa letihnya menuntut ilmu, maka kamu akan merasa peritnya menanggung kebodohan"


Kami mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan daripada pembaca sekalian jika terdapat pelbagai kekurangan daripada coretan ini. Sesungguhnya Allah lah yang lebih mengetahui segala sesuatu. Sekian wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.









No comments:

Post a Comment